30 November 2011

30 NOVEMBER 2011

selamat menyambut ulangtahun perkhawinan yg ke-25 kepada ayah & bondaku!

25 November 2011


my JOB today : .oh la. banyak sangat! assignment
  • LAW
  • T & D
  • STAT GUNN
  • STAFFING
  • OB...





ESOK.cuti kan? AWAL MUHARAM..TAHUN BARU DALAM kalendar ISLAM.
HAPPY NEW YEAR!!

AZAM tahun baru?..er..tetibe teringat pada cikgu AZAM SHARAN..cikgu sejarah di M.G.H.S.
  • siapkan semua assignment tepat pada tarikhnya.
  • buang virus MALAS...tambahkan UBAT RAJIN.
  • jaga kesemuanya..hati,dalam & luar..& pancaindera.
  • read more AL-QURAN..takut lidah macam dah terbelit je..penting sgt!!
  • fokus terhadap apa yang dilakukan.
  • buang sifat boros..berjimat cermat amalan mulia...(tapi sekarang semua benda dah naik harga..)
ok.fine.
congrets pada IFA..cuz she got DEKAN last semester...!!!!!
bila pula aku?
lame lagi ker?
-


--
---
------silent.
bye.assalamualaikum.
k.i.v soalan tu dulu. :P

22 November 2011

emas bolasepak sukan SEA 2011

MEREKA TERBAIK.

ucapan saya : ''Terima kasih banyak-banyak!! Bangga giler dengan semua pemain, jurulatih dan yang terlibat secara langsung atau tidak. Syukur kepadaNYA,doa kita dimakbul oleh ALLAH! alhamdulilah!

walau hanya menonton seketika..tapi hanya ALLAH yang tahu perasan ini bila tengok perlawanan semalam.berdebar rasa..berdentum jiwa.Cafe Pak Ngah memang macam stadium! aku pulak...agak..lupe diri semalam..sekejap jelah.bila bola tu masuk gol!!!...aku pun terlompat-lompat kegirangan..ya ALLAh..ampunilah hamba mu yang alpha ini!..seronok untuk seketika...terima kasih ya ALLAH..kurniaan mu cukup besar bagi kami.nikmat MU kami syukuri selamanya.

itulah yang terjadi.penalti MALAYSIA vs INDONESIA 5-4...tahniah skuad Harimau Muda!

SELAMANYA MALAYSIA! MALAYSIA BOLEH!.
assalamualaikum.
time to finish my assignment.bye-bye.

16 November 2011

BERKONGSI UNTUK HARI INI,SEMALAM & YANG LEPAS.

.>*maaf ya.setelah dipertimbang-timbang kan, aku tidak mahu cerita apa yang terjadi dekat IPD JITRA.rahasia. :)
> i meet cikgu NASROL HADI!!!!! senyum sampai ke teliga! :)...erk..aku x berlebihan kan?
> QUIZ STAT GUNN & ETNIK...nasib baik aku boleh jawab dengan jayanya. alhamdulilah.
> aku duduk paling depan untuk kelas EN. WAN DIN...terbaik!..."beest sebenarnya duduk depan cikgu..kita pandang dia..dia pandang kita..ilmu terus lekat!"

>Ramai yang buat stail rambut baru! yang tak tersangka-sangka pun ada! including me.
>untuk esok dan lusa yang menanti aku :
  • quiz process writing
  • mid tem OB.
  • MID SEM stat gunn.
>assignment T&D already finish..tapi macam x kene jer..aku x sure..tp insyaALLAH..aku hantar esok.

itulah apa yang pasti.
taiping off now.
assalamualaikum.
p/s: ade niat nak tukar nama blog.."Hikayat Puteri Melaka" ok tak?

15 November 2011

senyumlah...senyumlah.dan senyumlah untuk saya.

assalamualaikum.
sibuk dengan assigment( yg tak tersentuh dari awal bulan 10)..itulah yang menyebabkan aku tersangat-sangat tersepit dengan waktu.MASA itu emas.
PERCAYALAH.
oh dan banyak sangat yang kejadian-kejadian tak diduga berlaku.
still aku masih mencuri-curi masa yang ada untuk taip apa je la...as long as otak aku boleh kurangkan tekanan..
ESOk..2 QUIZ...1 ASSIGNMENT need-to-be-sent.
hatiku rawan...er..apa tu "rawan"? penyakit hati ke?
JAP.
story bila aku,untuk pertama kalinya menjejak kaki ke IPD KUBANG PASU.
for what?
=nanti aku cerita.
gottogo.
assalamualaikum.

11 November 2011

11.11.2011.
cantik tarikh hari ini.
hari aku pulang ke UUM.
membereskan segala assignment,membaca buku untuk ujian mid sem,mengemas bilik setelah terbiar 2 minggu.

oh.biasalah bila hati x rela nak balik sintok...malas je nak kemas beg.

aduhai~~sabar la hati!!! tinggal 2 bulan lagi sebelum everything is over..maksud aku cuti last sem.

dan bila aku di sana..mybe blog nie kembali sunyi..sepi..kosong.

doakan yang terbaik untuk aku hadapi segala dugaan & cabaran.amin.

assalamualaikum.adios.bye.

09 November 2011

karya anak murid ku!

yang diminta WAJAH...yang dilukis rumah..dari gurl-gurl
ada bakat kan? siap ade anting-anting lagi~~ dari ayum.
muka QISTINA x mcm nie tau..die comel + bijak..no komen. ^_^
haha...sungguh la dieorg ade bakat terpendam.belum digali.
separuh cerah..separuh gelap.aduh..maaf ya.(:p)
mereka adalah kanak-kanak comel dari TABIKA KEMAS TAMAN MAS MERAH(my taman sebenarnyar.)..
Mcam mana boleh pulak jadi cikgu nie?
" sya hanya menerima pelawaan dari pembantu tadika kemas itu,iaitu dari mak saya.Memandangkan cikgu yang sebenar lewat masuk atas urusan peribadi, maka saya yang cuba menjadi cikgu dalam masa yang singkat itu."
apa perasaan anda?
" saya enjoy dengan mereka,mereka jua memberi respon yang sangat baik.sya anggap menjadi cikgu tabika is easy...but sebenarnya sangat-sangat memerlukan tenaga dan kepakaran dalam m'atasi kanak-kanak semuda ini."
apa aktiviti yang anda lakukan dalam waktu sesingkat itu?
dari awal sebelum yang lain bermula,kami menyanyikan lagu Negaraku & lagu Kemas.,kemudian mereka mewarnakan kalendar pada hari itu,selesai semuanya saya mengajak mereka melakukan senaman pagi(untungnya pada hari itu mereka berbaju tshirt senam),kami meneruskan dengan aktiviti menyanyi lagu kanak-kanak..& bermain kotak beracun.Sesudah itu, mereka rehat dan minum pagi.Seterusnya saya mengambil kerts putih dan meminta mereka melukis wajah mereka dan berakhirnya aktiviti mereka bersama saya apabila cikgu yang sebenar tiba di tadika.

ITULAH kisah dan hasil kerja saya.
pengalaman mendewasakan .
assalamualaikum.adios.peace. ^_^


hari raya AIDILADHA.

aduh..maaf..gambar ini agak kebiruan..tapi ade stail kan cara lembu itu dilapah?
si SAPI yang kerisauan..
amazed. ramai juga seperti aku yang teringin nak tgk secara live.

Melaka.sangat mudah.tiada perayaan besar-besaran seperti di sesetengah negeri, yang menyambutnya meriah lagi besaran.
Bangun pagi, mandi sunat aidiladha, solat subuh.sarapan.solat sunat aidiladha..dan bermula lah aktiviti korban sehingga ke petang.
Mak ada korban sedikit bahagian.
Daging dibahagi sama rata.
Pisau AYAH menjadi korban bila org lain guna utk "katok" tulang.( bukan utk tulang yer pak cik, pisau= daging, parang=tulang)
Kesian ayah..
oh.lupa kamek nak ucapkan..
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.
(already pasang niat utk pergi menunaikan haji di waktu muda belia.amin! )
assalamualaikum. adios.peace.:)

petikan DOA dari noveL KEPADAMU PUTERA PUTERIKU

DOA SAYYID QUTUB :
"Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMU. Ya ALLAH, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-MU, agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta semua. Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hati-MU."

"Ya Rabbal Izzat, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-MU. Ya ALLAH, jika aku rindu, jagalah rinduku kepadanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-MU.Ya ALLAH, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu. Ya ALLAH, jika aku jatuh hati pada kekasih-MU, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.Ya ALLAH, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi, hanya kepada-Mu."

"Ya ALLAH, Engkau mengatahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu, Kukuhkan lah ya Allah, ikatannya.Kekalkan cintanya.Tunjuklah jalan-jalanya.Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.Lapangkanlah dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu, dan keindahan bertawakal di jalan-Mu."

05 November 2011

sedih...kecewa
bila nasi himpit yg dimasak...hangit.
oh hai...cah..cah...ape pun x boleh.
habis busuk 1 rumah.
mak mula marah..
"hati kau tak ikhlas masak la syah..""nasi himpit tu dah melekat..spe nk makan?"
itulah padah nya bila asyik menghadap PC.
membazir..membazir..
boleh ke hah aku masak yang lain kalau masak NAsi himpit je dah fail?

03 November 2011

rindu.-by AGNES MONICA

selama aku mencari, selama aku menanti
bayang-bayangmu di batas senja
matahari membakar rinduku
ku melayang terbang tinggi

bersama mega-mega, menembus dinding waktu
ku terbaring dan pejamkan mata
dalam hati ku panggil namamu
semoga saja kau dengar dan merasakan

getaran di hatiku yang lama haus akan belaianmu
seperti saat dulu saat-saat pertama
kau dekap dan kau kecup bibir ini
dan kau bisikkan kata-kata aku cinta padamu

peluhku berjatuhan, menikmati sentuhan
perasaan yang teramat dalam
telah kau bawa segala yang ku punya
rindu ini telah sekian lama terpendam

getaran di hatiku yang lama haus akan belaianmu
seperti saat dulu saat-saat pertama
kau dekap dan kau kecup bibir ini
dan kau bisikkan kata-kata yeah aku cinta
kepadamu ooh kepadamu ooh

* ingatkan aku untuk masukkan lukisan anak muridku! ^_^

Kursus Kepimpinan MANIKAYU 3A & 3B.













masa : 26/10 - 1/11/2011
lokasi: Hutan REAksi TITI HAYUN, yan.K.D.A.
lihat & fikirkan.
26 OKTOBER..is my birthday..di perkhemahan.wow!! sgt2 lain dripada biasa..sangat2 berbeza.
penat? diam dan alamilah sendiri kalau nak tahu penat ke tak.dasyat!!! aku pun macam tak sangka dapat panjat ...GUNUNG JERAI!!!..gunung tu kak..g.u.n.u.ng...itulah momen yang hebat berlaku..baik daki mahupun turun gunung...ketaq kaki ku...lutut mengigil-gigil...terbayang -bayang masa dapat sampai ke puncak GUNUNG JERAI...udara dia...air dia..ah~~~~~syok!! sampai malas gile nak mandi pagi..sejuk gilak air dia!..the view..wow~lawa sangat! ciptaan ALLAH terhebat!mashaalllah.

walau seminggu..7hr 6 mlm...nyamuk gila menganas!..khemah masuk air..dan macam-macam lagi.tabah je hati..tutup mata..tulikan teliga.
masak? kami sendirian berhad. dibantu oleh NOR & WANIE& IKA..si pakar memasak...aku telan je walau apa jua rasa.

dugaan & cabaran mendewasakan seseorang.
dewasanya aku apabila aku genap 20tahun mulai tarikh 26/10.
:)