27 Disember 2013

think positive [+]..can not lah!

Assalamualaikum.
Oh.dah bulan Disember pertengahan.
Kiranya sekarang ni dah totally free.
Degree done.practical pun habis berjaya.
Tinggal tunggu nak kerja atau sambung belajar lagi (-_-"):-B

minggu lalu i got the hot news.
ape yg ak imagine, apa yg aku fikir, apa yg takotkan berlaku...adalah telah berlaku.
oh kini teralih beban pada aku.
apa yg patut aku buat?
kongsikan pada semua? kesan = bakal terkejut, ber duka durjana, muka saling tidak pandang..mulut pun makin menambah-nambah fakta.
oh hai..what should i do?
related to ISLAM..as a family member.
langkah-langkah pencegahan  & pengelakkan.
kenapa dia tidak pernah beritahu aku sendiri masa kiteorg jumpa?
doa & nasihat aku titipkan.
semoga berubah ke arah kebaikan.


**nasihat untuk diri sendiri ; jauhi maksiat., di neraka kulit bakal tersiat.



26 Oktober 2013

oktober 26 =)

cuba cari diri saya dalam gmbr ini.
selamat mencuba!

assalamualaikum...
its been a while :)
hampir 4 bulan x dpt nak coret ape2 kisah.
kisah banyak..masa ada tapi lazy giler.
hari ini? special day.semalam pun.
dulu..22 tahun yang dahulu,lahirla seorang bayi perempuan yang comel kecil, merah di dunia. diberi nama selepas bermusyawarah, Noraisyah yang bermakna "cahaya yang bahagia" .
tentulah. selepas 2 kelahiran bayi lelaki, kali ini rezeki untuk memiliki anak perempuan dimakbul oleh ALLAH s.w.t.alhamdulilah.
dan masa berganti ank itu tumbuh membesar.
............tamat.....hehe
ok.next week aku last day of intern program.
dunno what to do yet.
semoga Allah membantu kita semua dalam menempuh hari-hari yang mendatang.
amin.
adios uolls.

21 Julai 2013

salam Ramadan :)

assalamualaikum..
its been a while..kan since aku balik dari habis belajar.
sekarang tak payah cerita panjang, aku sedang berpraktikal di CTRM AV..4bulan.
alhamdullilah dah lepas seminggu jugak..
1st day cuak jugak..haha.lepas tu..biasa la..Jumaat,hari Bursa Saham.MAsing-masing gila selesaikan kerja sebelum datang minggu baru...hari Isnin..chill~~rileks,slow motion :)..aku rasa semua company mcm tu.

What did i do?
= setakat ni..kerja masih lagi dalam skop kursus HR..ada jugak benda baru belajar.banyak!!!kira semua benda baru bagi aku.
MAsuk kerja pukul 7pagi..balik pukul 4ptg.istimewa hanya pada bulan Ramadan shj.Bulan bukan Ramadan mcm biasa je..
Persekitaran kerja dan tempat kerja aku semuanya berkaitan dengan aircraft...kapal terbang bersaiz kecil..hey.kira aku kena banyak tahu term-term/bahasa badan Kapal terbang..bukan B.M tapi B.I ye..
nanti la aku curi-curi bergambar dengan kapal terbang kecik-kecik kiut tu.teringin sejak tengok 'live' hari tu.

layan beberapa gambar dari Perlis & LAngkawi sebelum tiba Melaka...

homestay  & kereta sewa utk percutian kami. sgt best ^_^

di Makam Mahsuri Pandak Mayah.

rumah Mahsuri.sedang dalam pembaikkan-pulih.

acara wajib : cable car. hehe.

di Puncak Tinggi.

Tanjung Cenang..teringin nak mandi,tapi tak bawak baju lebih. Cantiik sgt!!

banyak jugak famili ku borong cokelat. utk jiran,sedara-mara, kawan-kawan, & hari raya nanti.
Ajid tak dapat ikut.kereta tak muat.kihkih. ;)
sweet memory .

semoga dapat pergi lagi.
semoga aku dapat berpratikal dengan baik, cemerlang & bagus.
semoga aku mampu memgumpul Saham Ramadan dengan banyak.
selamat berpuasa dan berterawih.
21 Julai2013=12 Ramadan 1434 Hijrah
wassaalam.



21 Jun 2013

sayonara ..its time!

assalamualaikum.
today is my last day at UUM.
terakhir ke? lepas nie kena hantar report praktikal pulak.
sedih + happy
aduhai...kejap je terasa 3 tahun kt sini.mcm semalam je aku masuk UUM..
beg -beg dah siap packing..kejap -kejap susun balik..kumbar balik..
alahai..
bilik ni pun ada banyak kenangan pahit manis.
kawan-kawan, geng -geng
 shida, ifa, miza, am, azah, aimi, ira, wawa, ina, mek, anis,rina ..ramai lagi!
" aku banyak gila salah dengan korang"


16 Jun 2013

hostel life batch 91'



i do.did u ? =)
assalamualaikum.
selama 2 jam setengah..
aku pot-pet dengan Ifa ttg Ostel life...
tentang asrama dia..beza dengan asrama perempuan mcm aku...itu special kan?
pengalaman dia ..kawan-kawan dia..geng-geng sekutu-dan tidak sekutu...budak junior pengsan time magrib ;p
pengalaman aku..warden aku,...senior asrama, "fly", "outing", announcement time. ^^
aku share ifa dengar..ifa cerita aku bantai gelak ( sampai kebas pipi ku).

dan seperti maklum aku tinggal hostel sampai form 4..kenapa? ayah dah pencen, jadi ayah boleh je hantar ulang alik aku p sekolah.
alasan. sebeno geng-geng dah ramai jadi "outsider" dan pindah sekolah.
dan cikgu Azam dah bg warning..
"aisyah..cikgu tahu awak selalu tak de kt ostel.."

berbalik kisah pot-pet aku..
untung siapa yang pernah rasa duduk asrama.best kan? walau ada pahit-masam sikit.
nanti masa-masa duk teringat balik mcm sekarang ..buat aku rasa nak duduk balik asrama.
kawan-kawan kat ostel byk pengaruh kot.
hehe.pandai jaga diri, kira selamat..kalau tak..selalu lah..kena panggil pergi bilik warden..warden pula jenis suka "torche" selalu.."sound direct"..paling best dapat rasa "rotan"..
MGHS HOSTEl batch 91..mmg gila.nakal gilak.

asrama aku mcm tu..bla..bla..bla..
asrama aku pulak mcm ni...bla..bla.bla...

.........itu...kenangan kan?..kita boleh share with others...yang baik je..kurang,kena simpan sebab rahsia....
k.babai.adios.
wassalam.
senior/junior utk dorm A1, B2, E2..yeay!



15 Jun 2013

selalu sgt..bukan selalu pun!


assalamualikum.
selalu la..masa-masa hujung bulan exam..aku tepon mak dgn ayah.
ntah..reflek kot..dulu kt hostel pun ..gayut kat tepon public,guna duit syiling.
lagi kejam..kalo dapat curi line. hehe..masul 10sen..cakap sejam. ^_^.
jangan tiru ok. benda tak elok tu!.

masuk ni dan selalu sgt aku kol mak ayah.
hujung akhir semester la katakan..lepas n itak balik UUM dengan bas dah.
ayah, mak ait, luqman dtg ambik!
yuuuhUUU!!!!!

"ayah dah services kete tu..banyak duit kena bayar"
"ayah dah plan..21hb bertolak pagi..bla.bla..bla..ambik akak, lepas tu terus tidur kuala perlis "
yeesss. plan ayah terBAIKK.

"mak dah ajak cik mei, adek eda jugak..2kete"
tapi semalam tepon,mak kata ..
"cik mei x dapat ikot..mak cik linda sakit, sakit lumpuh sebelah badan." 
semoga mak cik linda diberi kesembuhan dari Allah s.w.t..amin..
tak pe cik mei tak jadi datang..nanti masa akak konvo..janji semua boleh datang! =)

sebenarnya aku selalu telefon mak dgn ayah means i miss them  lot lah!
cepat lah 21hb!!
tak sabar, tak sabbbaaar!!

=).2 paper lagi. seminar & coaching.
semoga awak berjaya, aisyah.amin
wassaalam.

07 Jun 2013

us..doa..twkal..

assalamualaikum .
salam Jumaat yang berkat buat kita semua.
aku dah buat sebaik mungkin...usaha dah, doa dah..kini hanya tawakal pada Mu, ya ALLAH, berikan aku kekuatan menempuhi hari hari kehidupan.. permudahkan lah segala urusan ku.
amin.
salam israk mikraj.

06 Jun 2013

khabar gembira

assalamualaikum..
ready? please read slowly.and .trust me.
bissmillah..

semalam jumpa Asqi, one of my schoolmate dulu. dia pun baru masuk UUM..
jumpa di libary kemudian terus sampai DPP dia...kira dari ptg sampai magrib aku lepak bilik dia.
kami kongsi banyak cerita. little secret.
haha.
masa gembira aku..setelah aku melalak semalamnya. (tu pun secret..cerita basi, xmau kongsi, sakit hati)

"cah..ko patut bagitu dia..nanti menyesal ...lepas ni ko dah praktikal"
"asqi bukan aku tak mau, tapi aku Takut"

i give u  the clue. clear clue.
dari makan Kueh teow Ratna..sampai Maggie RAtna pun habis,,, kami share benda dalam hati.
haha. mengingat kan benda semalam buat aku lupa benda yang pahit..serius pahit
ok stop.
petang hujan lebat tu. aku ingat tak boleh lah nak balik awal. memang kena stay bilik si kawan ni.
Asqi dari UMP..Uni yang plg banyak lelaki, paling kena cover malu teramat..
Asqi cakap..

"kalau kat sana nak pandang lelaki pun aku tunduk..segan cah.masa ..tapi kat UUM..memang tak lah.."
"UUM byk perempuan..so aku bebas sikit"
 .. dia terus sambung belajar dip setelah habis SPM..betapa kejutan budaya..yeloh kami dari sekolah perempuan shj..bila jumpa lelaki..mai ai..malu terlebih.
pelik si Asqi ni..dari budak kejuruteraan boleh masuk uni pengurusan.,,its mean Asqi DAEBAK!!

"asqi..apa makna nama kau?
" yang memberi makanan..Ustaz Hasan kata...yang membuka pintu rezeki"

hujung petang..hampir magrib..asqi suruh aku buat benda tak-masuk-akal..dan aku ikot ckp dia. cis~~

kawan,kawan..ni kawan dunia akhirat saya..asqi

kawan-kawan..ini kawan syurga dunia dan akhirat saya..
ifa.am.azah.& asqi too.
terima kasih ukhti-ukhti,
jasa mu, budi mu aku simpan dalam peti hati.
andai aku ada buat kau terguris, terkecil hati
aku mohon maaf,  tobat x mau buat lagi.
salam ukhwah kekal abadi.
wassalam. :).
feeling much better than before.



01 Jun 2013

not satisfied

assalamualaikum
lewat hari-hari lepas, aku sering ada perasaan " not satisfied"
pada "buah pisang" " nasi campur" " char kueh teow"
mahal la pak cik!!!
boleh kan kurangkan harga ? saya nak beli sangat, tp bila tgk harga tak padan , saya geram. saya tak puas hati. saya .. cerita pada kawan-kawan.

saya tak suka. tak suka dengan "not satisfied " dalam hati saya.
kekadang buat saya fikir berminit-minit (haabis waktu belajar saya..dah la time final mcm nie)

tapi saya ada tempat saya mengadu..
saya mengeluh pada DIA..dan saya rasa..dan niat baik
sedekah saja semua "not satisfied" tu....
DIA mengingatkan saya bahwa " not satisfied" tu bukan benda yang baik..bagus pada saya.
jadi saya ambil keputusan..
"let it be..i sedekah pada pakcik-pakcik yang "baik hati"..
semoga hari-hari ku indah tanpa " not satisfied"

jika pun ada..senyum..senyum pun sedekah jua.


alhamdulilah. babai
tata. final exam uum 2013. 3JUNE start.
wassalam.


30 Mei 2013

pengalaman dak ait!

ait..(pakai topeng muke)..menolak troli pesakit yg mukanya tertimpa  sawit.
aku terus kol dak ait!
cis..1st praktikal pengalaman hebat ouh.
hospital pakar Sultanah fatimah, Muar JB.
teruskan usaha berbakti adikku!
MA fighting ^_^
* akhbar HMetro 30 Mei 2013 Khamis

--__--''

asssalamualaikum..
yeah.akibat malas nk update sayonara..STOP je idea terbaik.
mggu depan final exam...
masa nggak ada..
so..kembali mcm biasa...
mybe lagi luar biasa. :)
daaa.. 
wasalam.

saat lawak tak ingat dunio ^_^

aduii..LUMBA LIGAN di KDA..ada ka?

22 Mei 2013

sayonara Uum

assalamualaikum..:)
maaf..terlajak ke hari 30..rasa malas sanggat nk bebel dlm nie..penat jugak
okey..starting with
 Ahad.. ( 19hb)..(biasa Kedah, kelantan,terengganu tak de cuti ahad..means aku ada kelas/kuliah lah disaat cuti)
  • pagi kuliah IR..last chapter..mengatuk gilakk..serius. siapa la yang berani mengantuk dlm kelas Dr Zul?hhaha.insan berani itu adalah aku dan cik ifa...ya Allah..Kau sahaja yang tahu betapa aku nak sgt tidoq masa Dr Zul semangat mengajaq kat depan..Setan -setan kecik-besaq duk main kt mata kami..buai-buai laju-laju~~last-last kami keluar kuliah awal..chapter Disiplin Pekerja (erk..xtak sesuai dgn perangai aku.) x dan nak habes..
  • next kelas Seminar HR..oh..aku dah kurang mengantuk tapi adalah sikit-sikit sisa ..cik Ifa yang plg x tahan..sambung mengantuk jugak dekat kelas seminar..Dr. Faizal pulak baguih hari ni..mood dia okey jer..aishhh...ni yang buat mata aku x berani nk tutup.
  • habes kelas..kami berdua pakat-pakat puasa (niat dah).memandangkan ada masa free sebelum kelas sambung balik pukul 12.30. kami take a nap sat...gagah-gagah diri , masih x tahan weh...surau fpsm kami letak kepala..terus ZzzzzzZZZ..syok!!
  • kenapa kami mengatuk gila? = kan kami p Program khidmat masyarakat bersama anak yatim kt alor star..tu masa pagi..petang dgn malam kami ligan p kusus protokol dkt EDC..no time la kami nk rest panjang-panjang.
  • habes kusus dan sampai bilik pukul 10 mlm..
  • lepas tu tiduq la..
see?..hari penuh mengantuk.
haha.dasyat.harap tak berlaku lagi...
final next mnth ye kekawan.
untuk isnin..20hb..
  • kuliah SM mcm biasa..Dr Saari just breifing balik pelajaran..sambil buat lawak-lawak antarabangsa...bagus nya Dr Saari adalah membantu student-studentnya..hehe..kami perlukan carry mark yang banyak ..+ markah final exam untuk= mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam Slip exam..hehe...no.itu matlamat ke-3.
  • sambung kuliah santai bersama en.Ghazali din..untuk Coaching..kami berempat pakat-pakat nk masuk lambat kelas ni..makan dulu, borak dulu dekat Lego..tapi masuk-masuk kelas jer..en Ghaz dah bagi tips-tips final.. (-__-")..woah..kenapa masa kiteorg masuk awal dia ajak borak jer??? tidak adil...k.fine.en Ghaz dengan baik hati mengulang balik tips-tips tu..hehe.thank you en Ghaz..habes bagi tips, sambung bab..aku lupa dah...maaf la...memori aku kian slow bab-bab ni..
  • dalam petang kul 3.30 ..aku p Pusat Islam..taipkan dan print-out sijil utk peserta dan ajk program "along" aku..bengkel pengurusan jenazah...lepas tu..terus smbg perjumpaan & meeting tuk program semalam (selasa)..bersama Yu, Emi, Aimi, Ifa & Umi Ruh..:).. 7 mlm baru selesai kemas bilik kuliah untuk AGM HELWA & JAMUAN akhir.
  • Malam  ..aku p forum INSTALL AKHLAK dekat dewan Seminar P.Islam..hehe.kebetulan jer.aku freee plak malam..
"akak kena delete semua akhlak akhlak akak dulu b4 install tau."pesan tehah
"ye"
"jgn tinggalkan space utk akhlak lama" sambung dia lagi..
"ye"
"cha..ko jgn nanti masuk virus pulak..." ifa pun sama pesan
"virus apa kak ifa?" teha bertanya
"virus M...Malas"..cis cik ifa..sempat lagi diaa.
hahahaha..kami gelak
  • malam sampai bilik..makan, mandi, dan tido...gila juga kau,cha..ha'ah..kira hari Isnin adalah hari tarbiyyah aku..dr Ustaz Ahmad Usamah (install akhlak) & kak da (pusat islam)..Daebak. ^_^
opss gambar tiada..soorrry.
dan hari Selasa (21hb= 10 rejab 1434 hjrh)..nasib baik ingat bulan islam :)

  • bangun awal pagi ..sebab ajk kan utk pgram AGM HELWA..program berjalan mcam biasa..mungkin semalam ramai student ada kelas, quiz etc..x ramai la yg datang..jadi terpaksa mencari calon-calon pengganti yang sesuai ..aku, ifa , aimi dan kak ruh kan last sem..banyak la kekosongan jawatan yg kena isi..tapi tidak mengapa..janji ada yang senggup datang, alhamdullilah.
  • AHLAN WASALAN ke HELWA ya kawan-kawan ^_^
  • selipar jepun putus..dalam bas otw dari Changlun ke Kachi..tamat sudah riwayat si selipar jepunku..kaki ayam aku balik bilik..cis bedebah.oh mungkin ada hikmah di sebalik seliparku putus..siapa tahu..
  • Leni ajak p usrah malam tu..aku "hah"..lepas tu "OK"..first time join usrah di bilik cermin bawah.alhamdulilah..kenal lagi insan,hamab Allah yg baru..dieorang buat aku x kekok , dan aku enjoy je ..perkongsian Hadis yg sempat di terjemah oleh kakak..tak kenal..hehe. tentang kebersihan itu 1/2 dari iman, al-Quran itu hujah (pedoman dan teladan), amalan zikir Subhanallah, alhamdulilah , lailahaillah & allahuakhbar itu banyak maafaat,
opss...aku ada kelas tutor ni.
GTG...nanti sambung kemudian.
babai.wassalam.
:)


19 Mei 2013

33..

assalamualaikum..uhuu..
bukan 33, patut 32 la..
kenapa idea gila ni aku kene teruskan jugak? cuz its a memory! :)..lovely memory
sabtu. 18 mei 2013..

Program Khidmat Masyarakat
pagi : bangun subuh, mandi .. siap-siap trun kachi Mall , tggu bas utk ke rumah anak yatim baitul ahmad, alor star, kedah.
8.00 pg- 12.30 : bersama adik-adik ku sayang..serius.semoga Allah s.w.t sentiasa membantu kalian, amin...fun.enjoy...cuma panas tghri je la..peluh-peluh mcm mandi air gunung jerai jek...
12.30- 1.30 : majlis penutup, makan tghri..dah penat kan..makan nasi lauk gulai ayam (kari utk loghat belah selatan), sayur, sambal belacan...sedap! kenyang ...kali ni prgram adalah ikhlas dari P.Islam UUM..kami ajk pun tumpang pahala je.. =)..berkat Nya masing-masing ada.
2.00-3.00ptg..: singgah Tesco Mergong..solat zohor..dan jalan-jalan dalam teso..kali ni aku jejalan mata mengantuk gilakk...naik bas terus ..niat tido dulu.bas gerak je..ZZZzzzZ...selamat
4.30 ptg : sampai Bkt.Kachi..tapi kami ada lagi urusan belum selesai..

Kursus Protokol & etiket sosial ii (5.00 ptg -9.30 mlm)
hehe.,..join majlis ilmu protokol dekat Edc UUM kali ke-2.
dulu sesi pagi..sekarang sesi ptg ke malam.
makanan yg sama, penceramah jugak sama..cuma setting masa dan tempat makan dan kawan meja 12 je lain..
Alhamdullilah..rezeki hari ini adalah dari Allah s.w.t..kenyang.sedap.lazat.mcm-mcm ada.
oh..aku dan mengantuk ni.esok kelas IR pagi 8.
ehemm
babai .
wassalam
rumah mereka.walau pun kurang, tapi tetap selesa
pelik.masih smile ..kan mata dah tutup, dik? nampak akak ke?

.mereka dan kami.sama.


bukti Chicken Chop ni aku berjaya sapu sampai licin..ek..hate pisau.


17 Mei 2013

..34...

hari ke- 34
assalamualaikum
Jumaat . 17 Mei 2013.
so apa aktiviti aku hari ini? lets see...

  • almost tenghari basuh baju..
  • then..petang hujan lebat sambil bincang critical thinking seminar dgn ifa..
  • lepas asar..p meeting utk program Helwa..ke rumah Baitul Ahmad, Alor Setar K.D.A..fyi, aku s/u yer..bersama dgn peserta & ajk..
  • 7mlm...makan nasi ayam. Syafik (kelana siswa) yg jaga gerai pak cik nasi ayam tu..alang-alang aku beli kt dia terus..ramah pulak dia,tanya aku mcm-mcm soalan..pelik.tapi nyesal aku bila dia tanya "nak apa-apa lebih tak?..haha..nk tau aku jawab apa? "timun nk lebih"????..iye.itu yg aku jawab .patut aku balas "ayam lebih, nasi lebih..." lebih bagus!
  • mlm ni ada ceramah aqsa mission di Masjid Badlishah...x dpt p sebab ada discussion group seminar..T_T
  • then..lepak (sekarang) kt PKP lama..smbil download drama korea.
..the end..
wassalam.
.jumaat itu indah jika awak mengindahkannya...

16 Mei 2013

idea gila

assalamualaikum
35-days diary.
mula hari ini..patut semalam lagi. kenapa 35? bukan 30?..hem.bilangan hari dari hujung Mei + Jun.
jadi.. begitulah.
patut idea aku " 35 hari mencari cinta". :)..issh..cinta x mau,bukan matlamat tu..
"35hari lagi Sayonara UUM"..better rite?
.........................................................T_T.....................................................................................
jadi..hari ini..sebaggai starting..
kuliah Coaching , en Ghaz hari ni dgn baik hati telah bg markh tinggi ohh..untuk projek kami..igt byk salah kurang la markah..tp alhamdullilah..aku doa juga supaya en Ghaz lembut hati tadi..hehe.presentation dh bleh prepare by this week..kita buat role play..which is aku-tak-tahu-nk-berlakon-ape..
& kuliah SM okey..td last day presentation, mood drSaari pun oke, byk jugak dr sakat dieorg..sakat bukan ape, nk tgk kite ready, tau x apa nak jawab bila dia tanye...aku rase dia byk ilmu lagi yg masih x share lagi..next week just dgr je cuz its revision class.

Habis part makan..x pose pun.mggu depan smbg blk la. lepas mkn, p library ..pulang buku psikologi.dgn novel-tak-habis-baca...book drop pulak buat hal..nk tnye kaunter x de org..alang-alang aku balik je terus,,,mesin tu x betul-betul jugak..
Then me , am, azah p la kedai jual alatan ITC..cik azah nun nk perabes baucer buku dia lagi sekping, means lagi rm 50.00..belilah speaker, mouse,  lagi apa eh? semua..pink kaler..jumpa Ayub (teman kelana siswa)..ayub dari sarawak. ayub sgt baik..aku bet ayub tak tau nama aku..sbb setiap kali jumpa aku yang paggil "Ayuubbbb~!!" ..."eh...kauorang ke?""lame x jumpa"...ape-ape je la.janji ayub bercakap dgn aku.
Lepak library jap sambil makan buah b4 balik Kachi.
the end.
+ kenal senior kakak Master masa refill air td..igt junior la td.kak syafinaz?  hai.nice to know you again.
........
oh ya. kan aku pPWTC utk pesta buku kan? aku jmpe kak su (Noor Suraya) & kak Norhayati Berahim...& jumpa jugak abg Hilal Ashraf & Ustz Pahrol. & penulis buka "Aku terima nikahnya"..tp sedih x dapat jumpa Prof dr. Muhaya..hem..xpe la. sesak gila. dr sejuk sampai berpeluh dalam tu. ramai sgggtt.
prgram ke PWTC ini dbwh P.Islam..bukan PWTC je..I-CITY, muzim Kesenian Islam juga kalau x salah. 3hr 2mlm di enekma UITM..best part makan je la..& tido :).
oke. gtg. REJAB dah datang. jom kita bermesra dgn dia. :)
wassalam.




29 April 2013

last day of April

assalamualaikum :

  1. Program pengurusan Jenazah
  2.  Seminar HR..
the girl with pink-purple theme.
and my slip practicum/internship program.





 no pic for my Seminar day..not yet uploaded in the FB..
and i feel very happy as soon as these 2 program ended.
really thankful from them..may ALLAH swt bless uolss.
hard to say that the fact we're going to the month of praticum
counting a day..come so close yet so far away.
semoga Ya Rahman merahmati dan memberkati kita semua.
amin.
" im trying to be as good as i can.but i cant."
kekurangan diri dalam & luar yang byk aku kena baiki.
ya ALLAH..Kau ampunkan lah dosa & kesalahan yang telah aku perbuat hari ini, semalam, dan hari mendatang.amin.

aku hanya buat 5/12 sifat sahabat.kena tambah baik lagi.


03 April 2013

a.y.a.h & s.a.h.a.b.a.t

asslamualaikum. n good morning ^_^
Selamat hari Lahir ayahku En Zakaria B. Hj Khalil
still ayah buat lawak td " ayah baru 26 tahun..muda lagi"
cis..angka tu kira terbalik la
ayah..ayah..
u stole my whole heart ayah..ayah mcm hero akak.HERO.
ayah kata nk smbt dgn buat kenduri sikit dekat masjid.
yea! seronok akak pun dapat join kenduri doa selamat utk ayah :)
akak rasa ayah masih lagi awet muda, ( ye la setiap kali jumpe kawan ayah..mesti diaorang cakap " zek..awak nmpk muda nie...wah cikgu zakaria x berubah dari saya sekolah sampai sekarang")
akak selalu doa akak dapat genetik awet muda dari  ayah :)..gurau je.
ayah + mak= akak.

i always n forever love u ayah.


dan..
suatu masa yang sama.aku sempat berborak dgn ain syud.
aku tergerak hati nak telefon, bercakap dgn dia.
dan..
lucky me..she is a good listener, be an adviser to me.
Problem aku dia dah ada solution.
Why? kami mengalami keadaan yang sama...untuk masalah yang hampir serupa.
We had made a promise.both of us. 
Istiharah.
Dan kami akan saling berdoa untuk satu sama lain.insyaAllah.

" banyak duit ko call aku?"
"..ish.aku baru top-up kot."
"Lupa kan UUM masa cuti ni .Bau, bunyi, manusia yang ada lupakan..nanti masa nak buat Istiharah,ada gangguan pulak"
"hem..aku tahu"
"aku ingat ko main-main suka je kat die"
" tak..dulu ye kot..tapi skrg aku betul-betul,serius pulak"

:) good luck ain syud. good luck untuk aku jua.
wassalam.
kawan susah senang hingga ke syurga.InsyaAllah.


21 Mac 2013

Doa Emak & Ayah

assalamualaikum and hai.
sebelum start , nk wish Tahniah pd adik-adik SPM 12 ..yeah! hari ini dalam sejarah. Terpenting sekali utk korang, mummy daddy,adik-abang-kakak, cikgu-cikgu, kawan-sahabat, jiran sebelah rumah, saudara mara.dan si anak-anak kucing tomei-tomei.

Why? todays..all the time that they have prayed for our success throughout our examination. not only exams, but many more that we do not know.
Shared this auspicious day with them. Make this day the most meaningful, and most memorable. What if a part-time salary money, money last Raya Aidilfitri, or not necessarily money, perhaps a gift, a privilege card, and the best is a hug!
 
hey! doa = air mata. Menangis  lah jika itu yang paling terbaik.Ubat hati paling mujarab. Aku pun nangis jugak~ huhu sebab tak sangka result terbaik yang dapat aku buat... syukur alhamdullilah.  Masa kat dewan sekolah dulu..dalam pukul 10 pagi, cikgu baru buat announcement. " kepada para pelajar, sila beratur mengikut kelas anda untuk mengambil slip exam. harap bertenang dan All the best !"
Waktu yang ditunggu sejak 1 minggu lepas ( 2009) tiba.Aku lah yang paling awal bangun  solat subuh, mandi, siap-siap pakai baju sekolah putih, kain biru muda...kasut putih Bata. =)..Emak pun nervous jugak.Ayah pun jugak. Tapi masa duduk dalam kereta otw ke sekolah,aku dah kurang nervous. Fikir mungkin result aku teruk, emak ayah sedih dan cikgu-cikgu hampa..
OK.cukuplah sampai part situ.kisah aku melalak dekat kantin,mata merah.. memang nak cerita.Pengalaman yang cukup manis utk dikongsi. Tapi korang punyer story 2013 ini lagi boleh satu dunia.
Tahniah kepada semua.

Its just a step for a real life awaiting.
Doa Emak & Ayah bersamaan Doa yang di makbul oleh Allah s.w.t
Even hari tu aku cakap dekat fon dengan mak..lama jugak.Kami gelak, luah perasaan, mak share story,aku just be a good daughter, listen. Then..esok nya.aku pun dapat rasa hari itu mudah sangat. Allah s.w.t mempermudahkan hari-hari yang susah kepada senang untuk aku. Alhamdullilah.
Nikmat itu anugerah.
Emak & Ayah adalah anugerah.
paling besar.
selain dari Nyawa.
That my story. What your story?
^_^.. ok.typing off. wassalam.
"akak jgn lupa, mak dgn ayah slalu doakan utk akak,ajid,ait & man"

15 Mac 2013

sara, ainun & marissa

assalamualaikum & salam Jumaat yg indah.

Dari Aimi & Rock aku dapat dan baca novel ni.
Ingat jalan cerita yang macam biasa shj.
No..totally different..
Gengsi sebenaqnye jalan cerita dari muka surat pertama
Itu pun aku sabaq baca satu per satu..
Neverthought it can make my tears drop..

Sambungan dari cerita Dingin Salju Indiana
Aku tak pernah tahu wujud nya novel tu..
Lain watak, lain perasaan yang aku dapat rasa
Jiwa aku..hati aku..
Untuk pertama kali dalam tahun ini, aku try tahan kesedihan yang amat sangat.

Winter,Summer, Flower and Autumn
Imaginasi aku lebih setakat membayangkan,..
Sejuk, dingin, hangat,..=salji
Cinta yang dibawa, buat aku lebih cinta pada Ya Rabb..
Otak kata "ya" ..novel tarbiah ini tepat pada masanya
Naluri aku yang kosong, aku kena penuh kan dengan sesuatu.
Since i can do it, i will do it..
I.s.l.a.m
Nun di sini, insyaALLAH..pray me for the bless .amin.

2013.unggu warna feveret aku.

13 Januari 2013

karya

assalamualaikum.
from my observation..survey...jenguk sana, jenguk sini, p sana..p sini..
actually blog kaum Adam is simple and short.
background..tak lebih dua, atau tiga warna..putih, hitam, warna gelap..
mesej sampai.
bahasa boombastik.
ayat..kekadang boleh motivate, kekadang lawak sangat..kekadang cair..hati ni.
masa..boleh jadi yang rajin, selalu update blog,..yang lain..update jugak..tempoh yang lama tak update..mybe 1 bulan..atau lebih..tapi lepas tu..mesti panjang sangat sebab banyak benda nak cerita.atau berkongsi melalui gambar.

betul x?
betul la kot.
hehe.
bye.
wassalam.

11 Januari 2013

belly pain

assalamualaikum.
.....
dia ( belly) buat hal semalam..ke salah aku yang lupa nak jaga dia baik-baik waaktu dia belum lagi sakit?
BELLY pain caused me a weakness, vomiting back what I eat, sweating, blurred eyes, chills, body languished, and eat panadol yesterday ... thanks for Aimi and Azah because .. if they do not have near the lab yesterday, may I 'm lying  .. serious at lab floor.
I eat the spicy one possible before.
or eat ice cream?
or turning around Bukit Kachi yesterday afternoon?

 .....perasan aku terer BI..pak cik GOOGLE yang tolong :P

aku belum lagi rasa kesakitan yang teramat seperti semalam.
bila dah rasa..amboi..nak describe sakit tu macam mane pun aku x boleh.
syukur..pagi ni aku dah boleh bangun , jalan sikit..pergi toilet..
macam..orang tengah mengandung je. ( sakit perut je ye..tak ade kene mengena.dgn benda alah tu!)
ingat sapa yang ada ..benda/ bekas yang taruk air panas..then letak atas perut tu.what we call it?..( ...)..ape ape je la, nak pinjam la..tp mustahil nak cari kt kachi ni.
Kt rumah pun..mak cakap tiada..
plan kena beli juga la..mahal tak? tengok baget juga tu.
yeas! esok my 3rd last final paper..OSH II.
berharap my belly is fully healthy...tetiba nak makan FRUTTI TUTTI.. :)
orait.
typing OFF.BYE.wassalam.
.love XOXO
(just like in the movie "Istanbul Aku Mai" )
^_^

01 Januari 2013

2013 : kenali diri

hai! assalamualaikum.. ^^
kejap. ada rahsia tarikh lahir yg nk share..utk kenali diri sendiri.terlebih kenal pun masih x tau diri mcm mane.
kira duluye  :

  • 26+10+1991=2027
  • 2+0+2+7 = 11
  • 1+1=2..buat sampai tinggal nombor tunggal.


2 : PENDAMAI
- Dilahirkan sebagai diplomat..( peluang pekerjaan as a PD =PEGAWAI DIPLOMATIK..cerah la ye? :)) 
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. (betul...kekadang nk mkn pun aku tanye org lain.. " eh ko nak mkn ape?"..kekadang kwn ajak p kuar pun..even hati kate x mau..tp kepala aku angguk je )

- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. ( hati aku..hanya aku je yag tahu.. :))
 
- Mereka tidak suka bersendirian. ( yep..sunyi o00..tu yg kredit aku cpt habis..kalo sendiri..nanti aku mcm x betol)

- Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; 
tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. ( ada yang betul dan ada yang x bape etol ayat nie..)

- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu,( dulu tak pon...sekarang je aku pemalu sgt..ayah ckp " malu ikut tempat la sha..") mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem)( serius??mcm mane eh?) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.(i try..my best..tp slalu aku luah pada yang Maha Satu..cuz DIa lebih mengerti..)

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: 
Bill Clinton, Madonna, Whoopi Goldberg, Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.

* hampir sama dgn aku..sama la jugak sikit-sikt (tapi mcm 80% je sama)


calendar 2013 yg comel..aku dah siap print pun.
mesti rasa nak satu kan?