sebelum aku proceed..
sedekahkan al-fatihah kpd allahyarham Ustaz Ahmad ( Kg hulu, Melaka) yg telah kembali ke sisi Allah s.w.t pada pukul 3 pagi tadi di Hospital Putra, Melaka.
(aku pernah juga ikut ayah dengar kuliah Ustaz Ahmad setiap hari Isnin malam Selasa...ayah kata Ustaz adalah wali Allah. Banyak perkara yang membuktikan Ustaz adalah salah seorang wali Allah. Ayah kata pernah bila arwah hendak melawat makam orang alim ulama di negeri sembilan,rombongan Ustaz ditahan dan tidak dibenarkan masuk. Makam itu dijaga dan dikunci oleh seorang penjaga kerana khuatir jika ada sebarang perkara yang tidak dilarang dalam Islam berlaku ( permujaan dll). Selepas penjaga makam itu tidak membenarkan arwah ustaz dan rombongan (dalam 2-3 org), di depan mata mereka, penjaga di kelihatan seperti ditampar di muka nya..di seblah pipi kanan & kiri berulang kali sampaikan penjaga makam itu menjerit-jerit kesakitan.Akhirnya penjaga makam itu memohon maaf kepada arwah ustaz ahmad dan membenarkan beliau dan rakan-rakan masuk kedalam.
ada lagi..ayah cerita arwah Ustaz Ahmad pernah beritahu di tanah perkuburan Islam Bkt.Senjuang tu..ada 3 org yang keadaan mayat nya masih lagi elok,sempurna, tidak di mamah ulat & seranggan lain walaupun orang itu sudah lama meninggal dunia. Antaranya Mufti Pertama Melaka, Hj Khalil bin Hj Hussein, ulamak dari tanah Arab dan pak cik saudara Hj Khalil Bin Hj Hussein sendiri.
ada aku teringat semasa dalam kuliah pengajian, Arwah pernah berkongsi yang dia pernah di datangi seorang alim ulamak dari Tanah Arab (yang telah lama meninggal dunia) dalam tidur, mimpinya.terlupa apa yang ustz pernah kata tapi masih ingat " kalau awak bagi saya sejuta ringgit pun takkan sama dengan berjumpa dengan beliau" .
dan pagi tadi, semasa bacaan talkin, hujan turun mengiringi arwah Ustaz. ayah bilang basah-basah pun masa tu tak pe, sebab lepas tu panas kembali mengeringkan .
sepanjang aku belum lagi bekerja ni..ada 3 kali aku pergi melawat.Hikmahnya aku dapat melawat dan doakan ustaz. Ayah ada rakam pengajian Ustaz dulu-dulu sebelum Ustaz jatuh sakit.Alhadulilah. ada peluang untuk aku dengar balik dan mungkin aku kongsi dekat sini.kan? :) )
untuk perkara ke-2.hari ini hari lahir ayah. 2014-1951= 63tahun.
dan perkara ke-3..Mydin HQ call.i got a job! alhamdullilah. ( setelah 1st, 2nd & last interview). stress wo bila kawan -kawan yg lain dah ada pekerjaan. sedara mara bertanya.makcik makcik taman Dan masjid pun tanya dan ada yang hulur bantuan (bagitahu kerja kosong kat mana so that aku boleh apply).
This is a first step to experience work life. niat dan tawakal hanya pada Allah s.w.t amin.
hari ni penuh cahaya dan berkat. malam jumaat ni jgn lupa baca yassin yer.(bacakan untuk arwah Ustaz Ahamad juga).insyallah.
Ketua Menteri Melaka & Ustaz Ahmad (ketika di Hosp.Putra) |
sekian.wassalam
adios.