WITH kak fatty & kak Rn...again.
dulu..masa mula-mula masuk..
perempuan yang batch sekali memang ramai sangat.
tapi bila semakin naik peringkat..semakin ramai yang tarik diri.
tinggallah kami shaja..lelaki masih 10org.
bayangkan,,dari 50 org yang tinggal 18 orng..suku pun x sampai.
itu lah kami.
WIWIN,DAYAH ASMA,MAYA,AIN,EKIN,HAILA & AKU.
dulu..masa mula-mula masuk..
perempuan yang batch sekali memang ramai sangat.
tapi bila semakin naik peringkat..semakin ramai yang tarik diri.
tinggallah kami shaja..lelaki masih 10org.
bayangkan,,dari 50 org yang tinggal 18 orng..suku pun x sampai.
itu lah kami.
WIWIN,DAYAH ASMA,MAYA,AIN,EKIN,HAILA & AKU.
* LITTLE tazkirah utk Khamis mlm Jumaat.
Wajib tinggal amalan Jahiliah
Daripada ‘Amru bin al-‘Ash r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud: “Tidakkah engkau ketahui bahawa Islam itu meruntuhkan apa yang ada sebelumnya, hijrah menghapuskan apa yang ada sebelumnya dan sesungguhnya haji itu menghapuskan apa yang ada sebelumnya?”
(Riwayat Muslim)
Huraian Hadith:
1. Umat Islam yang mengucap dua kalimah syahadah adalah wajib menerima cara hidup seperti yang ditetapkan oleh Islam dan meninggalkan segala bentuk yang dilarangnya samada berkaitan dengan kepercayaan, akhlak, undang-undang, muamalah, hiburan dan sebagainya. Semua kewajipan ini adalah bertujuan untuk memelihara maruah dan martabat induvidu dan masyarakat umat Islam itu sendiri.
2. Kita juga wajib mengembalikan kekuatan iman yang akan melahirkan usaha dan amalan produktif, kemajuan dan pembangunan yang kukuh. Segala-galanya bertunjangkan kepada nilai akhlak tinggi berdasarkan al-Quran dan al-sunah yang didatangkan bukan untuk membawa keruntuhan tetapi meninggikan pencapaian akhlak dan pengertiannya.
3. Malangnya masih wujud sebilangan besar masyarakat yang mengambil unsur negatif dari kehidupan zaman jahiliah yang bertentangan dengan agama dan kemanusiaan sebagai jalan pintas menjalani kehidupan yang diinginkannya. Inilah antara penyakit yang sedang menjalar dan menular pantas dalam nadi masyarakat Islam hari ini menyebabkan keruntuhan maruah umat Islam.
4. Kesimpulannya umat Islam perlu melakukan pembaharuan sikap dan pemikiran yang membolehkan umat Islam itu sendiri mencapai kemajuan serta kecemerlangan dalam membina keidupan yang lebih baik seterusnya mendapat keredaan Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan