29 Julai 2012

london olimpik 2012

assalamualaikum.

London 2012 Olimpik telah membuka tirainya.Hehe..menyaksikan London sebagai tuan rumah kali ke-3,Malaysia menghantar 33 atlit cemerlang dan berkampung selama 9hari (+-).

Emas diburu, tapi cabaran di bulan puasa bertambah la.

tapi sebenarnya aku nak kongsi ..salah satu kawan sek.rendah dulu..Faizal.Bertuah punya budak.Menang dlm pertandingan anjuran TM membawa diri anak melaka itu ke Kota London (bertuah! sgt-bertuah).Dia and the geng bertolak hari ni 28.7.2012. cuma sayangnya tak sempat nak tengok "opening ceremony"..tapi mungkin "closing ceremony"..insyaallah sempat.

Wah.1001 pengalaman .1001 cerita.1001 kisah.1001 hari mungkin si FAizal buat doa selamat. :)

Kiri sekali..er..pemuda paling happy dlm gambo nie.colgate!.A.F.b.B


wassalam.


27 Julai 2012

kisah sedih.

assalamualaikum.
kisah sedih ini adalah kisah yang berlaku semalam.
T_T..bayangkan aku menangis terhenjut-henjut. seperti menaiki Kereta yg dipandu oleh calon baru
Opss mood aku sekarang semua pasal lesen-kereta-calon baru.maaf la.


Ya.hati lembut yang pantas terasa.aku memang nak tahan..
"kuat cha..rileks..buat betol-betol"
.tapi bila hati + minda + badan aku dah sekata...= minda ( down), badan ( hilang semangat). hati ( luluh~)
Herdikan..maksud aku teguran yang sekejap, sedikit,.masih boleh bertahan.
Yelah. BUKAN SEMUA MANUSIA SEMPURNA.  SEMUA BAYI YANG DILAHIRKAN TIDAK AKAN BERTERUS BERLARI, MEREKA AKAN MERANGKAK, BERTATIH DULU..!
 " awak tak boleh mcm ni..GAGAL nanti"..ungkapan G.A.G.A.L di ulang beribu kali utk santapan teliga aku.
" awak dan masuk UNIVERSITI, mestilah awak boleh pandu"...setiap langkah kaki ke universiti memakan tahun..malah usaha, masa, duit...
Dari aku semangat nak belajar, terus aku .. rasa nak balik ja.cepat la masa berlalu.aku pejam mata.istigfar.


Dugaan di bulan puasa ini ..YA ALLAH.. besar cabarannya. ditambah beramali latihan di tengah panas.
si Kancil pun aku tengok..macam nak tertanggal semua.tua nya si Kancil ini.naik bukit , parking, olah gerak.
Insyallah aku boleh buat! ya! i can do it! yeah! Malaysia Boleh, aku pun boleh Lulus dan pandu kereta!amin.
andai si KANCIL dapat diganti dengan kereta comel ni. lulus JPJ aku.



wassalam.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

25 Julai 2012

pe 'el manusia

assalamualaikum.selamat berpuasa pada hari ke-5.
er.tajuk dah "ganas".tapi aku x rasa ganas..cuma teladan.;)
curi dari mat GOOGLE
semalam.aku tempuhi ujian komputer( drive test).alhamdullilah.sekali je.lulus.syukur~
tapi ada kisah ,story di sebalik itu.
kisah bagaimana seseorg yg kerjanya berhadapan dengan pelanggan setiap masa mungkin..iaitu  bakal pemandu baru seperti aku dan lain-lain.
ok.faham la aku ada link dgn "HUman REsouce" kan?
Dan individu itu tidak...tak..bagus dalam PRnya..bahasanya kasar (walau dia org melaka sekalipun,,aku x rasa org melaka kasar..), mimik muka yg ..garang mungkin.dan aku pun kena herdik/tegur dalam nada yg tinggi. itu yg bikin aku x bukak mulut-2jam lebih-pinggung sakit-mata alahai~~ngatuk giler.

OK.sistem utk ujian komputer adlh dibawah JPJ.Sistem  tu dah membuatkan aku dan yg lain menunggu lama-sangat-sampai-bosan.Ya Allah.aku manfaat kan masa lama tu dgn zikir,fikir yg positif shj.
"sembuhkan la penykit sistem JPJ ini Ya Allah"
"Tenangkanlah hati hambu ini, jauhkan la dari berfikir yang bukan-bukan"
"Kau berilah padaku pandangan yang sedap dipandang"
Doa dah.aku khatam balik buku latihan ujian tu.2,3 kali.buka-tutup-buka-tutup.
Dan tak diduga,ada keluarga diantara calon itu menelefon ke sekolah memandu aku.yelah.tahap kesabaran dia mungkin dah hilang .agaknya.alhamdulilah. tahap kesabaran aku dan yang lain memuaskan.

Mungkin pekerja itu tadi tidak berpuas hati dengan calon itu.Dia dipanggil masuk.(panggilan dibuat di luar bangunan). Habis dilontarkan segalanya.Calon itu bingung.Bila dia buat macam tu?.Terkejut calon itu dengan apa yang disabitkan atas kesalahan yang bukan dia lakukan.Aku rasa hati dia pun dah membaara api-besar.
Keluarga dia masuk dan berkata bahawa dialah yang menelefon sebenarnya.Still..opss masih lagi pekerja itu cakap yang kesalahan aduan itu tak patut dibuat dan dia memberi pujian pada kami (calon yang s.a.b.a.r ), kritikan pada calon itu supaya bersabar la sedikit.Riak muka calon tadi dah fed-up gila.Mereka berbalas kata pedas antara satu sama lain dalam tempoh yang sekejap.( ok..3 pelakon "pekerja", "calon", "keluarga calon").Aku dah urh!! panas tempat duduk.Kami yang lain tekun melihat.pasang semua nya, mata , teliga.

"YA ALLAH..dugaan apakah ni di bulan Ramadhan? Kau leraikan lah mereka." Doa yang segera aku baca dalam hati.Akhir cerita calon tadi pulang secara negatif ( tak buat ujian,burn duit, ber-air mata..kesian sangat), dan pekerja pun ada impak "negatif"( bercerita pada raakan sekerjannya)
Sistem yang kembali sembuh dalam 10-15 minit kemudian.Andailah calon tadi masih boleh bersabar.....dia mungkin bersama dapat ambil ujian dengan kami.
Ada yang menyalahkan calon dan keluarganya dan ada yang menyalahkan pekerja yang" berbudi bahasa".
Dan aku masih lagi x bukak mulut-2jam lebih-pinggung sakit-mata alahai~~ngatuk giler.
Selesai ujian, aku balik ke ekolah, dan pekerja itu tadi pun keluar.Umum pekerja itu lembut sebenarnya tapi dengan orang yng rapat shj..kau?aku? ehem.maaflah.Lain je yang dapat.


Kerja lah dengan ikhlas hati wlau ada perkara yang biki hati kata "buat ala-kadar je la"
Senyum la.Itu ubat kepada yang ,memerlukan.


wassalam.




18 Julai 2012

18.7.2012

assalamualaikum.hari ini..ehem dalam sejarah hidup, masuk ceramah KPP( er..klas memandu la)
tempat dirahsiakan.5jam.perut kosong.kepala pening...bosan bile mata dah jeling2 tgk jam.

pakej jd pilihan.senang ada lesen motor dan kereta sekaligus.
selamat menyambut bulam Ramadhan Al Mubarak.
semoga bulan penuh berkah ini kita isi dengan pengisian bekalan dunia akhirat.


wassalam. :)

11 Julai 2012

baksis ke-3 : Kg.Parit Sidang Seman

lokasi: Merlimau, Melaka ( ye.aku pilih cuz its my hometown. :)
dari : 2-4 Julai 2012

opss.assalamualaikum

bakti siswa ketiga aku..yg teakhir aku rasa. cukup la.bg chance kt org lain, rite?. kali ini kite pergi bandar Melaka.walau jauh dari bandar, tpi bagus la.keluar dari TOL JASIN, ikut signbord Merlimau terus keluar ke Lebuh AMJ.

serius.sangat -sangat best! ya allah.melaka the best. org kg pun sporting,saling turung padang, kerjasama.Belia, kaum ibu, kaum ayah + kanak-kanak semua join aktviti yg diadakan.
 1st dy ok la.bru sampai.kita kenal mengenali, petang buat gotong royong, malam kite REHAT.
2nd day. : penat.letih. sebab pagi ada JUNGLE TRACKING, petang pulak ada SUkan RAKYAT, malam bersama Penghulu sembang-sembang ala CAMP FIRE , then larut malam ,xtvt NITE WALK..
3nd day..pulanglah ke rumah tersayang. :)

kali ini kaum ADAM hanya 2 kerat je..cukup ke? cukup je bagi aku.kang ramai-ramai tak terjaga. hehe. pengetua SME dah sound  kt page FB.habis lah~~

oh. ya tadi pagi aku dah pergi mendaftar ambil lesen kereta.next week start dgn kursus 5JAM?!..insyalllah after raya, mybe aku dah boleh ambil ujian seterusnya ambil lesen P.



kami.UUM + jkk kg.


my family angkat. umi. (pn jamilah @ bi)





Umi.thanks for everthinng. ^_^


Hang Lekir ..haha.terbaik! ;)

1st time pegang  Belut..geli + takut + wow.
aku dah mcm petani berjaya jer. ^_^

untuk gambar lebih terang & terperinci ( dan cantik nya kami disana layari laman web ini  :