28 Mei 2014

sikap ketot

assalamualaikum.
kucing ku si Ketot.
ada sikap yang patut dicontohi dan tak patut dicontohi.
 Umur si ketot : 5-6thn..tak pasti
Anak: dah 8 ekor? (3@ 4 kali kelahiran, setiap satu hanya 3 atau 2 ekor anak, sekarang dah di "ikat")
Tempat tinggal : nomad sebab kadang-kadang ada kat rumah aku, esok ada kat rumah jiran.

Dia...

  • pandai jaga anak ( dari beranak, menyusu, bagi makan, jilat badan semua dia jage)
  • mak angkat yang baik ( sering kongsi susu dia dengan ank kucing lain)
  • manja & jinak (tak takut orang, friendly, peramah)
  • pembersih ( 70%..sebab bulu dia banyak gugur...)
  • memahami (kalau mak  marah, tinggi suara..si ketot dah tunduk, duduk kekadang cabut lari bila mak dah pegang penyapu lidi nak aca-aca pukul ^_^)
  • kuat makan (ada je dia rasa penyapu lidi bila berani curi-curi makanan, punggah tong sampah)
tapi..bila buat perangai yang
  • gesel-gesel nak minta makan (walau baru tadi aku nampak dia makan kat rumah jiran..sakit hati)
  • duduk atas kusyen (kucing kat rumah aku dilarang duduk atas kusyen ,paling dilarang masuk dalam rumah!)
  • miang pun kekadang..(walau dah tua, ada anak..nak juga cari boyfriend..cis si ketot  ^_^)
  • gemok.. ( sampai nak lalu masuk/keluar rumah aku pun, grill pintu kena tolak untuk dia)
banyak lagi sikap tak patut dicontohi dari ketot..hehe. tak jugak.sama banyak. kat rumah aku ada si jantan Merah, Si ibu Tua, Si anak Juling, si Monyet (anak ketot ke-5?.nomad jugak). dari 13 ekor.tinggal 3 ekor  saja.



si Ketot yang ayu =)

dah...itu kisah  dari si Ketot, Melaka.
haha.sudah malam.
esok mau keleje.
bye-bye
wassalam

09 Mei 2014

sudah genap sebulan!

assalamualaikum
salam jumaat. :)
ya.sudah genap sebulan bekerja di Mydin.
tapi belum habis berguru dgn Payroll. haha =)
..lost my word.
wassalam.
will.be.right.back.

03 Mei 2014

salam rejab!

continue dari entry lepas..
selamat menyambut bulan Rejab!
hari ni 3 rejab ..



WORK LIFE

assalamualaikum.
semakin genap sebulan aku bekerja.
di pasarraya Mydin Melaka MITC.
bahagian Gaji..hujung bulan pastinya aku terlebih kerja (ot).. rasa dah. letihnyah!
perubahan besar pada fizikal , mental dan rohani setelah 4 bulan lebih duduk rumah.

gaji aku? pasti la tak besar mana.
rezeki aku terima.alhamdulilah. boleh bagi mak dgn ayah.
Rakan-rakan sekerja..no..dieorang lebih senior.aku paling muda ^_^
Office? hem..rahsia Mydin.

Kawan baru? setakat nie..tak ramai lagi.aku kene lebih ramah tamah agaknye.
hey! tapi cawangan lain aku ada kawan baru (selesai Training Payroll di HQ subang)

*sebenarnyer aku pendiam.tersangat pendiam dan pemalu..pada org yang aku tak kenal, pada keadaan sekeliling, pada pak cik/ mak cik guard. Untuk itu, aku lebih banyak mendengar.dengar.dan dengar. Tanya bila aku tak tahu.Sahut bila ada yang memanggil
"Aisyah? Ya saya" : "Akak?.. Ye Dik : "Dik?Ye kak/bang"
aku belajar menjadi sopan di tempat kerja.aku belajar menjaga bait-bait kata.aku belajar mematuhi peraturan mereka.aku belajar menjadi  big family Mydin Mohammed Holdings.

Dan aku tahu masa cuti adalah masa paling berharga!
aku kurang membaca setakat nie. susah nak habis walau satu malam. sudahnya aku tidur~~
Malam..kalau tak OT, aku sempat kejau-kejau ke masjid. Kuliah magrib lama tak pi...
oh! ini tak boleh jadi! mesti sempatkan! 
niat.niat!
Kurang selera makan. tapi bila kat rumah..aku makan puas-puas. Kat sana tak lapau, tapi kat umah jadi lapau.( lorat melaka "u" )
........................jeng.jeng.
itu je perkongsian Work Life. Uolls pun lagi hebat kan?
bye-bye.
wasssalam...  :)

03 April 2014

3.4.2014

assalamualaikum.
sebelum aku proceed..

sedekahkan al-fatihah kpd allahyarham Ustaz Ahmad ( Kg hulu, Melaka) yg telah kembali ke sisi Allah s.w.t pada pukul 3 pagi tadi di Hospital Putra, Melaka.
(aku pernah juga ikut ayah dengar kuliah Ustaz Ahmad setiap hari Isnin malam Selasa...ayah kata Ustaz adalah wali Allah. Banyak perkara yang membuktikan Ustaz adalah salah seorang wali Allah. Ayah kata pernah bila arwah hendak melawat makam orang alim ulama di negeri sembilan,rombongan Ustaz ditahan dan tidak dibenarkan masuk. Makam itu dijaga dan dikunci oleh seorang penjaga kerana khuatir jika ada sebarang perkara yang tidak dilarang dalam Islam berlaku ( permujaan dll). Selepas penjaga makam itu tidak membenarkan arwah ustaz dan rombongan (dalam 2-3 org), di depan mata mereka, penjaga di kelihatan seperti ditampar di muka nya..di seblah pipi kanan & kiri  berulang kali sampaikan penjaga makam itu menjerit-jerit kesakitan.Akhirnya penjaga makam itu memohon maaf kepada arwah ustaz ahmad dan membenarkan beliau dan rakan-rakan masuk kedalam.

ada lagi..ayah cerita arwah Ustaz Ahmad pernah beritahu di tanah perkuburan Islam Bkt.Senjuang tu..ada 3 org yang keadaan mayat nya masih lagi elok,sempurna, tidak di mamah ulat & seranggan lain walaupun orang itu sudah lama meninggal dunia. Antaranya Mufti Pertama Melaka, Hj Khalil bin Hj Hussein, ulamak dari tanah Arab dan pak cik saudara Hj Khalil Bin Hj Hussein sendiri.

ada aku teringat semasa dalam kuliah pengajian, Arwah pernah berkongsi yang dia pernah di datangi seorang alim ulamak dari Tanah Arab (yang telah lama meninggal dunia) dalam tidur, mimpinya.terlupa apa yang ustz pernah kata tapi masih ingat " kalau awak bagi saya sejuta ringgit pun takkan sama dengan berjumpa dengan beliau" .

dan pagi tadi, semasa bacaan talkin, hujan turun mengiringi arwah Ustaz. ayah bilang  basah-basah pun masa tu tak pe, sebab lepas tu panas kembali mengeringkan .

sepanjang aku belum lagi bekerja ni..ada 3 kali aku pergi melawat.Hikmahnya aku dapat melawat dan doakan ustaz. Ayah ada rakam pengajian Ustaz dulu-dulu sebelum Ustaz jatuh sakit.Alhadulilah. ada peluang untuk aku dengar balik dan mungkin aku kongsi dekat sini.kan? :) )

untuk perkara ke-2.hari ini hari lahir ayah. 2014-1951= 63tahun.

dan perkara ke-3..Mydin HQ call.i got a job! alhamdullilah. ( setelah 1st, 2nd & last interview). stress wo bila kawan -kawan yg lain dah ada pekerjaan. sedara mara bertanya.makcik makcik taman Dan masjid pun tanya dan ada yang hulur bantuan (bagitahu kerja kosong kat mana so that aku boleh apply).

This is a first step to experience work life. niat dan tawakal hanya pada Allah s.w.t amin.

hari ni penuh cahaya dan berkat. malam jumaat ni jgn lupa baca yassin yer.(bacakan untuk arwah Ustaz Ahamad juga).insyallah.

Ketua Menteri Melaka & Ustaz Ahmad (ketika di Hosp.Putra)

sekian.wassalam
adios.




01 Mac 2014

islamphobia

assalamualaikum.
:)..semalam..aku dapat peluang bukak tv tgh mlm..(oh ya.masa semua orang dah masuk tidur, boleh lah tgk tv dgn aman.)
..
bukak chanel maya hd (Astro)..ulangan siaran Salam Muslim (maaf kalau salah) ttg
 "Islamophobia..realiti Britain"

sekilas perkataan yang sempat aku tangkap


  1. EDL (gerakan yang menolak Islam di Britain.atas alasan mahu kekalkan "English"an mereka.)
  2. peristiwa 9/11..7/7/2005...
  3. 1.2 million muslim di Britain..(dan di jangka angka ini akan semakin meningkat alhamdullilah.)
  4. pertambahan jumlah masjid yang dibina..
  5. mempunyai gabenor( kawasan mana aku lupa) pertama muslim kulit hitam..
namun .aku pernah terbaca..yang di Barat , jumlah muslim baru  lebih muslim ( kerana mereka mengenal, mencari, mengali dari akarnya, mempunyai ilmu) berbanding  muslim yang diwarisi, mengikut keturunan.

islamphobia..setakat yang difahami = "seseorang yang mempunyai perasan benci terhadap Islam (atau pada muslim), yang menganggap Islam itu ganas, "

uu..aku tak mampu nak elaborate panjang-panjang.. i hate it.

ISLAM IS BEAUTIFUL. DO NOT SEE/JUDGE THE PEOPLE..BUT LEARN FROM THE QURAN, PROPHET, AND THE CREATOR  (ALLAH SWT).


pandangan aku..ya.betul. .
seperti lirik lagu Iman Mutiara-Raihan

"Iman tak dapat diwarisi
  dari seorang ayah yang bertaqwa.
  Ia tak dapat di jual beli, ia tiada di tepian pantai.."

Iman adalah mutiara.di dalam hati manusia. Yang menyakin Allah. Maha Esa Maha Kuasa

* dan malam itu, sebelum tidur aku pasang impian..kumpul duit..untuk pergi Mekah & Madinah..dan ada baki aku nak melawat negara-negara yang minoriti Islam ( melihat cara hidup/survivor, persekitaran, hak asasi beragama & kemanusian, hubungan sesama bangsa. mungkin...dalam usia muda la kot.
jalannya(planningnya)..kerja (sambil belajar), 5/6/7/8 tahun.cukup duit,langsai hutang,..dan pergi tunai impian...jika aku berkhawin...aku boleh jugak kongsi impian aku ni pada dia. berdua lebih baik. ada teman.ok. bagus rancangan impian aku ni...^_^




20 Januari 2014

kongsi khabar gembira

assalamualaikum.
apa yang ingin dikongsi hari ini ea?
oh. 1st writing dalam tahun 2014!! yeah!!
.kiranya lame jugak aku tak menulis.
by the way...let me share a good news today..what it is?

  1.  my mother birthday. 
  2. kemas-kemas lemari buku..jumpe diari time kolej matrik dulu. haha.nostalgia.
  3. hope ada khabar baik dari sepupu aku..

*selamat sampai menjeguk wak jah & kak jai family .

chow.berangkat dulu.wassalam. :)