03 Mei 2014

WORK LIFE

assalamualaikum.
semakin genap sebulan aku bekerja.
di pasarraya Mydin Melaka MITC.
bahagian Gaji..hujung bulan pastinya aku terlebih kerja (ot).. rasa dah. letihnyah!
perubahan besar pada fizikal , mental dan rohani setelah 4 bulan lebih duduk rumah.

gaji aku? pasti la tak besar mana.
rezeki aku terima.alhamdulilah. boleh bagi mak dgn ayah.
Rakan-rakan sekerja..no..dieorang lebih senior.aku paling muda ^_^
Office? hem..rahsia Mydin.

Kawan baru? setakat nie..tak ramai lagi.aku kene lebih ramah tamah agaknye.
hey! tapi cawangan lain aku ada kawan baru (selesai Training Payroll di HQ subang)

*sebenarnyer aku pendiam.tersangat pendiam dan pemalu..pada org yang aku tak kenal, pada keadaan sekeliling, pada pak cik/ mak cik guard. Untuk itu, aku lebih banyak mendengar.dengar.dan dengar. Tanya bila aku tak tahu.Sahut bila ada yang memanggil
"Aisyah? Ya saya" : "Akak?.. Ye Dik : "Dik?Ye kak/bang"
aku belajar menjadi sopan di tempat kerja.aku belajar menjaga bait-bait kata.aku belajar mematuhi peraturan mereka.aku belajar menjadi  big family Mydin Mohammed Holdings.

Dan aku tahu masa cuti adalah masa paling berharga!
aku kurang membaca setakat nie. susah nak habis walau satu malam. sudahnya aku tidur~~
Malam..kalau tak OT, aku sempat kejau-kejau ke masjid. Kuliah magrib lama tak pi...
oh! ini tak boleh jadi! mesti sempatkan! 
niat.niat!
Kurang selera makan. tapi bila kat rumah..aku makan puas-puas. Kat sana tak lapau, tapi kat umah jadi lapau.( lorat melaka "u" )
........................jeng.jeng.
itu je perkongsian Work Life. Uolls pun lagi hebat kan?
bye-bye.
wasssalam...  :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan