28 Mei 2014

sikap ketot

assalamualaikum.
kucing ku si Ketot.
ada sikap yang patut dicontohi dan tak patut dicontohi.
 Umur si ketot : 5-6thn..tak pasti
Anak: dah 8 ekor? (3@ 4 kali kelahiran, setiap satu hanya 3 atau 2 ekor anak, sekarang dah di "ikat")
Tempat tinggal : nomad sebab kadang-kadang ada kat rumah aku, esok ada kat rumah jiran.

Dia...

  • pandai jaga anak ( dari beranak, menyusu, bagi makan, jilat badan semua dia jage)
  • mak angkat yang baik ( sering kongsi susu dia dengan ank kucing lain)
  • manja & jinak (tak takut orang, friendly, peramah)
  • pembersih ( 70%..sebab bulu dia banyak gugur...)
  • memahami (kalau mak  marah, tinggi suara..si ketot dah tunduk, duduk kekadang cabut lari bila mak dah pegang penyapu lidi nak aca-aca pukul ^_^)
  • kuat makan (ada je dia rasa penyapu lidi bila berani curi-curi makanan, punggah tong sampah)
tapi..bila buat perangai yang
  • gesel-gesel nak minta makan (walau baru tadi aku nampak dia makan kat rumah jiran..sakit hati)
  • duduk atas kusyen (kucing kat rumah aku dilarang duduk atas kusyen ,paling dilarang masuk dalam rumah!)
  • miang pun kekadang..(walau dah tua, ada anak..nak juga cari boyfriend..cis si ketot  ^_^)
  • gemok.. ( sampai nak lalu masuk/keluar rumah aku pun, grill pintu kena tolak untuk dia)
banyak lagi sikap tak patut dicontohi dari ketot..hehe. tak jugak.sama banyak. kat rumah aku ada si jantan Merah, Si ibu Tua, Si anak Juling, si Monyet (anak ketot ke-5?.nomad jugak). dari 13 ekor.tinggal 3 ekor  saja.



si Ketot yang ayu =)

dah...itu kisah  dari si Ketot, Melaka.
haha.sudah malam.
esok mau keleje.
bye-bye
wassalam

09 Mei 2014

sudah genap sebulan!

assalamualaikum
salam jumaat. :)
ya.sudah genap sebulan bekerja di Mydin.
tapi belum habis berguru dgn Payroll. haha =)
..lost my word.
wassalam.
will.be.right.back.

03 Mei 2014

salam rejab!

continue dari entry lepas..
selamat menyambut bulan Rejab!
hari ni 3 rejab ..



WORK LIFE

assalamualaikum.
semakin genap sebulan aku bekerja.
di pasarraya Mydin Melaka MITC.
bahagian Gaji..hujung bulan pastinya aku terlebih kerja (ot).. rasa dah. letihnyah!
perubahan besar pada fizikal , mental dan rohani setelah 4 bulan lebih duduk rumah.

gaji aku? pasti la tak besar mana.
rezeki aku terima.alhamdulilah. boleh bagi mak dgn ayah.
Rakan-rakan sekerja..no..dieorang lebih senior.aku paling muda ^_^
Office? hem..rahsia Mydin.

Kawan baru? setakat nie..tak ramai lagi.aku kene lebih ramah tamah agaknye.
hey! tapi cawangan lain aku ada kawan baru (selesai Training Payroll di HQ subang)

*sebenarnyer aku pendiam.tersangat pendiam dan pemalu..pada org yang aku tak kenal, pada keadaan sekeliling, pada pak cik/ mak cik guard. Untuk itu, aku lebih banyak mendengar.dengar.dan dengar. Tanya bila aku tak tahu.Sahut bila ada yang memanggil
"Aisyah? Ya saya" : "Akak?.. Ye Dik : "Dik?Ye kak/bang"
aku belajar menjadi sopan di tempat kerja.aku belajar menjaga bait-bait kata.aku belajar mematuhi peraturan mereka.aku belajar menjadi  big family Mydin Mohammed Holdings.

Dan aku tahu masa cuti adalah masa paling berharga!
aku kurang membaca setakat nie. susah nak habis walau satu malam. sudahnya aku tidur~~
Malam..kalau tak OT, aku sempat kejau-kejau ke masjid. Kuliah magrib lama tak pi...
oh! ini tak boleh jadi! mesti sempatkan! 
niat.niat!
Kurang selera makan. tapi bila kat rumah..aku makan puas-puas. Kat sana tak lapau, tapi kat umah jadi lapau.( lorat melaka "u" )
........................jeng.jeng.
itu je perkongsian Work Life. Uolls pun lagi hebat kan?
bye-bye.
wasssalam...  :)